Kategori Umur di Malaysia

[:ms]

Umur

[u.mur]/[Öu.mur] | عمور

Mengikut Kamus Bahasa Melayu di laman Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia

Definisi : 1 lama masa sejak dilahirkan (diadakan dsb); usia: ~ anaknya sudah empat tahun. panjang ~ lama hidupnya; pendek ~ tidak lama hidupnya. 2 nyawa, hayat: Ada ~ ada rezeki. berumur 1 mempunyai umur; umurnya; usianya. 2 sudah agak tua atau sudah dewasa. seumur sama umurnya; sebaya: ~ hidup selama hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Mari menjelajahi garis masa kita sebagai manusia di muka bumi, dan Malaysia secara khususnya.

Embrio

[ém.brio] | ايمبريو

1-8 minggu selepas persenyawaan

Embrio (dari bahasa Yunani: ἔμβρυον, jamak ἔμβρυα, harf. “yang membesar,” dari en– “in” + bryein, “mengembang, memenuh”) merupakan eukariot diploid multisel dalam tahap terawal dalam perkembangan, dari masa pembahagian sel pertama hingga kelahiranpenetasan, atau percambahan. Bagi manusia, ia dipanggil embrio sehingga sekitar lapan minggu selepas persenyawaan, dan mulai saat itu dipanggil janin.

Sumber: Wikipedia

Janin / Fetus

[ja.nin] | جانين / [fé.tus] | فيتوس

9 minggu sehingga dilahirkan

Janin atau fetus ialah mamalia atau vertebrata viviparus (melahirkan anak tanpa bertelur) yang berkembang selepas peringkat embrio dan sebelum kelahiran.
Bagi manusia, peringkat janin dalam perkembangan pranatal bermula pada awal minggu ke-11 dalam umur gestasi, iaitu minggu ke-9 selepas pensenyawaan.

Sumber: Wikipedia

Neonatal

[néo.na.tal] | نيوناتل

0-4 minggu selepas dilahirkan

Selain itu, terdapat istilah neonat (neonate) dalam bidang perubatan bagi golongan bayi yang berumur kurang daripada 28 hari.[1]

Sumber: Wikipedia

Bayi

[ba.yi] | بايي

0-12 bulan

Bayi atau anak damit (Brunei) ialah kategori termuda untuk kanak-kanak.

Sumber: Wikipedia

Batita

[ba.ti.ta] | باتيتا

Bawah 3 tahun

https://twitter.com/TerjemahanAmino/status/1337269910116868096?s=20

Sumber: DBP

Balita

[ba.li.ta] | باليتا

Bawah 5 tahun

https://twitter.com/UBMalaysia/status/1337260768773869569?s=20

Sumber: DBP

Kanak-kanak

[ka.na/.ka.na/] | کانق٢

Bawah 18 tahun

Akta 611 telah mendefinisikan kanak-kanak dalam seksyen 2 sebagai:

a) seseorang yang di bawah umur 18 tahun; dan

b) berhubung dengan prosiding jenayah, seseorang yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 82 Kanun Keseksaan.

Oleh itu Akta 611 terpakai kepada semua kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun, selain daripada dalam sesuatu prosiding jenayah. Ini adalah selaras dengan Akta Umur Dewasa 1971[2] yang menetapkan umur dewasa sebagai 18 tahun.

Definisi kanak-kanak berbeza dari satu Akta ke Akta yang lain. Misalnya:

a) Seksyen 87 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976[3] (selepas ini dirujuk sebagai AMU) memberi takrifan kanak-kanak sebagai seseorang yang berumur di bawah 18 tahun.

b) Takrif kanak-kanak di bawah Akta Pengangkatan 1952ialah seorang yang belum berkahwin dan di bawah umur 21 tahun.

c) Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961[5] pula membahagikan tafsiran kanak-kanak kepada dua, iaitu bagi kanak-kanak Islam, umur dewasa adalah 18 tahun, manakala bagi kanak-kanak bukan Islam, umur dewasanya adalah 21 tahun.

Sumber: CommonLII

Remaja

[re.ma.ja] | رماج

13-24 tahun dan belum berkahwin

Sumber: LPPKN

Belia

[be.lia] | بليا

15-30 tahun

Sumber: KBS

Dewasa

[dé.wa.sa] | ديواس

18 tahun dan ke atas

Akta Umur Dewasa 1971 telah mendefinisikan dewasa:

  1. Tertakluk kepada seksyen 4, umur belum dewasa bagi semua
    lelaki dan perempuan ialah dan adalah terhad kepada lapan belas
    tahun dan tiap-tiap lelaki dan perempuan yang mencapai umur itu
    ialah berumur dewasa di Malaysia.
  2. Tafsiran
    • (1) Semua perhitungan umur di bawah Akta ini hendaklah
      dikira mengikut kalendar Gregory.
    • (2) Pada menghitung umur seseorang, hari orang itu
      dilahirkan hendaklah dikira sebagai satu hari penuh, dan dia
      hendaklah disifatkan telah mencapai umur lapan belas tahun pada
      permulaan ulang tahun kelapan belas hari itu.

Sumber: Jabatan Peguam Negara

Warga Emas

[war.ga] [e.mas] | ورݢ امس

60 tahun dan ke atas

Takrifan ini juga berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World Assembly On Ageing 1982” di Vienna.

Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat

Jadi, berapa umur anda dan dalam kategori manakah anda sekarang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *