Kenapa Baju Lokal Mahal?

Sumber: Google Images

Pada masa ini di Malaysia, banyak jenama lokal muncul dan banyak yang menawarkan konsep yang berbeza. Kualitinya juga setanding dengan jenama-jenama luar. Tetapi di samping itu, kita juga sering mendengar ada orang yang berkata,“Baju lokal ini mahal gila, logo seketul dah RMXX, baik beli X&X je.” dan sebagainya.

Jom kita bahas, kenapa baju lokal mahal?

1. Baju lokal dihasilkan dalam kuantiti sedikit

Kebanyakan baju lokal dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit bukan pengeluaran massa (mass production). Jika dilihat baju-baju di kedai-kedai pakaian atau butik-butik pakaian dari luar negara yg dijual dengan harga bawah RM50.00, produk tersebut mungkin dihasilkan di China yang dihasilkan secara massa; dalam kuantiti yang banyak sekali, boleh jadi sebanyak ribuan atau jutaan untuk satu model sahaja untuk pasaran yang lebih luas selain di Malaysia. Jadi, tidak hairanlah jika harga kos bagi satu unit adalah jauh lebih rendah.

2. Pekerja adalah manusia yang harus dibayar gaji

Dari proses membuat, mencari bahan, menjahit, perincian, kawalan kualtiti juga pengangkutan dan logistik sehingga sampai barang tersebut dijual; semuanya dilakukan oleh manusia bukannya mesin. Mereka memiliki tanggungjawab yang besar untuk keluarganya.

3. Harga bahan yang tinggi

Di Malaysia, kebanyakan bahan adalah bahan import. Negara kita memiliki sumber alam yang melimpah tetapi kita masih belum boleh memproses, jadi sumber ini diambil oleh negara lain lalu diproses oleh mereka dan dihantar balik. Dibeli lalu dijadikan produk, secara tidak langsung harga bahan menjadi tinggi. Maka, tidak semuanya bahan adalah mudah dan murah didapati. Seperti di JAZALO Supply, semua bahan adalah barangan import. Dan jika mahu dihasilkan di Malaysia, harga produksi adalah lebih tinggi.

4. Harga kos yang tinggi membuat harga jualan menjadi tinggi

Dari proses yang sudah disebutkan tadi, menjadikan harga kos tinggi dan menjadikan lebih tinggi apabila pemilik jenama tersebut meletakkan produk di kedai fizikal. Sekarang, bagi meletakkan produk di kedai fizikal ataupun kedai atas talian (online), caj konsainan minimal yang dikenakan adalah 30% daripada harga jualan. Contohnya, adalah The JAZALO Shoppe ataupun LAZADA, BearinBag dan lain-lain. Ada yang mengambil untung sebesar 50% dari harga jualan. Jadi setidaknya, pemilik jenama harus mengkalikan 3 dari nilai harga kos agar mendapatkan untung. Contoh:

Harga Kos = RM30.00
Harga Jualan = Harga Kos x 3 = RM90.00
Caj Konsainan = 50% x Harga Jualan = RM45.00
Hasil Jualan = Harga Jualan – Caj Konsainan = RM45.00
Untung Kasar = Hasil Jualan – Harga Kos = RM15.00

Lihat! Harga RM90.00 contohnya untuk sehelai baju akan dikatakan mahal oleh pelanggan, sedangkan jenama tersebut hanya mendapat RM15.00 yang akan dikumpulkan untuk membayar gaji pekerja, kos pengangkutan, bil-bil utiliti dan sebagainya.

Kiraan ini juga masuk akal jika pemilik jenama mempunyai kedai fizikal sendiri atau menyewa tapak jualan di sesebuah festival. Kos ini juga perlu diambilkira.

5. Produk dibuat dengan cinta

Membeli produk lokal itu bererti anda sedang menghidupkan impian seseorang kerana produk yang mereka buat adalah kecintaan mereka terhadap hal tersebut.

Ada pepatah mengatakan;
“When you buy from a small business, you’re not helping a CEO to buy a third vacation home. You are helping a little girl to get her dance lessons, a little boy to get his team jersey, a mom to put food on the table, a dad to pay a mortgage or a student to pay for college”

Di JAZALO Print juga, pelbagai aktiviti percetakan dibuat untuk menghasilkan produk dengan cinta seperti KLMAX, Limited Tee, TerimaKasih. dsb.

Jadi, sudah tahu kan kenapa harga produk baju lokal menjadi mahal.
Jika anda menjumpai produk yang bagus dan harganya juga lebih kurang sama dengan produk jenama luar, kenapa tidak memilih produk lokal? Jom sapot produk lokal!

Tidak jumpa produk lokal dengan harga menarik? Cuba lihat produk lokal di JAZALO dengan tawaran harga JAZALO Deal. Masih tidak tahu ingin memilih baju lokal apa? Cuba JAZALO Box dari hanya RM19.00, Anda pilih saiz dan JAZALO yang akan pilihkan untuk Anda.

JAZALO Box

Apakah jenama lokal kegemaran Anda di The JAZALO Shoppe?

* indicates required



Favourite Brands


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *