/RAW: Apa Itu Landing Page?

Landing Page merupakan satu laman web tunggal yang muncul selepas pengunjung klik pada carian Google, media sosial, e-mel, iklan berbayar dan sebagainya, bertujuan untuk mendapatkan Lead atau Click-Through.

Jika biasanya laman web mempunyai banyak link dan menu, Landing Page pula dirancang untuk mengarahkan pengunjung agar melakukan sesuatu secara spesifik pada satu laman sahaja.

Walaupun berada pada satu alamat laman web yang sama, Landing Page sebenarnya dibuat secara terpisah. Hal ini bertujuan untuk “diasingkan” dari link atau menu lain yang boleh mengalihkan perhatian pengunjung dari tujuan utama Landing Page tersebut.

Dari sini dapat disimpulkan bahawa Landing Page yang baik adalah landing page yang berorientasi pada “action” yang akan dilakukan pengunjung dan pencapaian konversi.

Jika Landing Page berfungsi untuk mendapatkan Lead, borang untuk mengumpul nombor telefon, alamat e-mel dan sebagainya, diletakkan pada laman web tersebut.

Jika Landing Page berfungsi untuk mendapatkan Click-Through, penceritaan ringkas tentang produk dan borang pesanan disediakan atau butang ‘Buy Now’ diletakkan agar pembelian online boleh dilakukan segera.

Jenis Landing page

Berdasarkan tujuannya, ada dua jenis Landing Page:

1. Click-Through

Jenis ini memiliki lebih banyak informasi dan maklumat lengkap mengenai sebuah produk atau perkhidmatan serta tawaran kepada pengunjung dan pelanggan.

Misalnya, SinarKu2 menawarkan satu produk kecantikan kepada pengunjung, Landing Page yang dibuat tak meminta apa-apa maklumat daripada pengunjung. Sebaliknya, Landing Page yang dibuat lebih memberikan informasi penjelasan tentang produk ditawarkan.

Landing Page ini dilengkapi dengan butang call-to-action (CTA) ‘Beli Sekarang’ yang terhubung langsung dengan transaksi selanjutnya.

Dengan memberikan informasi yang lengkap mengenai sesuatu produk, pengunjung lebih cenderung dan yakin untuk meng-klik CTA tawaran tersebut.

2. Lead Generation

Sama seperti sebelumnya, jenis Landing Page ini juga memiliki butang CTA. Bezanya, pengunjung boleh terus melakukan konversi di laman ini tanpa berpindah ke halaman lainnya. Jenis Landing Page ini dirancang untuk mengumpulkan Lead secara langsung.

Jenis halaman ini sesuai untuk tawaran yang tidak berisiko. Maksudnya, pengunjung tidak akan risau untuk melakukan tindakan seperti mengisi borang untuk mengumpul nombor telefon, alamat e-mel dan sebagainya.

Contohnya, pengunjung ingin mendapatkan kupon, e-buku percuma, diskaun tambahan, rebat jualan atau mendaftar untuk newsletter berhadiah. Berbeza dengan Click-Through, Landing Page bagi Lead Generation adalah lebih singkat, jelas dan menarik.

Jenis Landing Page yang ditawarkan oleh /RAW

This image has an empty alt attribute; its file name is RAW-LinkSIte-RM15.jpg

1⃣ Link Site
www.rentawebsite.my/linksite
Laman web yang menyenaraikan link² penting.
Contoh: www.jazalo.net/namabisnes/intro

This image has an empty alt attribute; its file name is RAW-Mini-RM25.jpg

2⃣ Mini Site
www.rentawebsite.my/minisite
Laman web yang fokus kepada 1 produk/servis.
Contoh: www.jazalo.net/minisite

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *