/RAW: Apa beza CTA WhatsApp dan CTA Landing Page?

Biasanya Pengiklan buat iklan di Facebook Ads:
IKLAN ➡️ CTA WhatsApp

Orang yang berminat akan klik iklan dan terus masuk ke WhatsApp. Mereka akan pilih untuk ‘Send Message’ atau abaikan. Kiranya 50/50, kalau dapat WhatsApp tu maksudnya orang tu klik iklan dan ‘Send Message’. Selebihnya pula hanya klik sahaja tapi WhatsApp tidak masuk. Link Clicks dikira untuk semua klik walaupun WhatsApp tidak diterima.

Kalau ada Landing Page + Pixel:
IKLAN ➡️ CTA Landing Page ➡️ WhatsApp

Orang yang berminat akan klik iklan dan dibawa ke Landing Page. Apabila mereka klik Landing Page yang ada Pixel, secara automatik data mereka akan dikumpul untuk setiap klik. Dan kalau Pengiklan masih mahukan mereka untuk WhatsApp, di Landing Page tadi boleh diletakkan ikon WhatsApp atau ayat untuk mereka WhatsApp kalau berminat.
Contoh Landing Page dari Rent A Website /RAW adalah www.jazalo.net/namabisnes/intro. Pada laman tersebut, cuba Anda klik gambar dan Anda akan dibawa ke WhatsApp.

Kesimpulannya, jika ada Landing Page yang telah dipasang Facebook Pixel, walaupun iklan tidak dihalakan terus ke WhatsApp tapi Pengiklan tidak rugi klik yang dibayar kerana data Pixel dapat dikumpul melalui Landing Page tersebut. Dan Pengiklan masih boleh halakan ke WhatsApp melalui Landing Page.

www.rentawebsite.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *