Warning: Parameter 2 to qtranxf_postsFilter() expected to be a reference, value given in /home/apmf8com/public_html/jazalo.com/blog/wp-includes/class-wp-hook.php on line 287

Umur
[u.mur]/[Öu.mur] | عمور
Mengikut Kamus Bahasa Melayu di laman Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
Definisi : 1 lama masa sejak dilahirkan (diadakan dsb); usia: ~ anaknya sudah empat tahun. panjang ~ lama hidupnya; pendek ~ tidak lama hidupnya. 2 nyawa, hayat: Ada ~ ada rezeki. berumur 1 mempunyai umur; umurnya; usianya. 2 sudah agak tua atau sudah dewasa. seumur sama umurnya; sebaya: ~ hidup selama hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Mari menjelajahi garis masa kita sebagai manusia di muka bumi, dan Malaysia secara khususnya.
Embrio
[ém.brio] | ايمبريو
1-8 minggu selepas persenyawaan

Sumber: Wikipedia
Janin / Fetus
[ja.nin] | جانين / [fé.tus] | فيتوس
9 minggu sehingga dilahirkan

Bagi manusia, peringkat janin dalam perkembangan pranatal bermula pada awal minggu ke-11 dalam umur gestasi, iaitu minggu ke-9 selepas pensenyawaan.
Sumber: Wikipedia
Neonatal
[néo.na.tal] | نيوناتل
0-4 minggu selepas dilahirkan

Sumber: Wikipedia
Bayi
[ba.yi] | بايي
0-12 bulan

Sumber: Wikipedia
Batita
[ba.ti.ta] | باتيتا
Bawah 3 tahun
Sumber: DBP
Balita
[ba.li.ta] | باليتا
Bawah 5 tahun
Sumber: DBP
Kanak-kanak
[ka.na/.ka.na/] | کانق٢
Bawah 18 tahun
Akta 611 telah mendefinisikan kanak-kanak dalam seksyen 2 sebagai:
a) seseorang yang di bawah umur 18 tahun; dan
b) berhubung dengan prosiding jenayah, seseorang yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 82 Kanun Keseksaan.
Oleh itu Akta 611 terpakai kepada semua kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun, selain daripada dalam sesuatu prosiding jenayah. Ini adalah selaras dengan Akta Umur Dewasa 1971[2] yang menetapkan umur dewasa sebagai 18 tahun.
Definisi kanak-kanak berbeza dari satu Akta ke Akta yang lain. Misalnya:
a) Seksyen 87 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976[3] (selepas ini dirujuk sebagai AMU) memberi takrifan kanak-kanak sebagai seseorang yang berumur di bawah 18 tahun.
b) Takrif kanak-kanak di bawah Akta Pengangkatan 19524 ialah seorang yang belum berkahwin dan di bawah umur 21 tahun.
c) Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961[5] pula membahagikan tafsiran kanak-kanak kepada dua, iaitu bagi kanak-kanak Islam, umur dewasa adalah 18 tahun, manakala bagi kanak-kanak bukan Islam, umur dewasanya adalah 21 tahun.
Sumber: CommonLII
Remaja
[re.ma.ja] | رماج
13-24 tahun dan belum berkahwin
Sumber: LPPKN
Belia
[be.lia] | بليا
15-30 tahun
Sumber: KBS
Dewasa
[dé.wa.sa] | ديواس
18 tahun dan ke atas
Akta Umur Dewasa 1971 telah mendefinisikan dewasa:
- Tertakluk kepada seksyen 4, umur belum dewasa bagi semua
lelaki dan perempuan ialah dan adalah terhad kepada lapan belas
tahun dan tiap-tiap lelaki dan perempuan yang mencapai umur itu
ialah berumur dewasa di Malaysia. - Tafsiran
- (1) Semua perhitungan umur di bawah Akta ini hendaklah
dikira mengikut kalendar Gregory. - (2) Pada menghitung umur seseorang, hari orang itu
dilahirkan hendaklah dikira sebagai satu hari penuh, dan dia
hendaklah disifatkan telah mencapai umur lapan belas tahun pada
permulaan ulang tahun kelapan belas hari itu.
- (1) Semua perhitungan umur di bawah Akta ini hendaklah
Sumber: Jabatan Peguam Negara
Warga Emas
[war.ga] [e.mas] | ورݢ امس
60 tahun dan ke atas
Takrifan ini juga berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World Assembly On Ageing 1982” di Vienna.
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat