/RAW: Apa Itu Landing Page?

Landing Page merupakan satu laman web tunggal yang muncul selepas pengunjung klik pada carian Google, media sosial, e-mel, iklan berbayar dan sebagainya, bertujuan untuk mendapatkan Lead atau Click-Through.

Jika biasanya laman web mempunyai banyak link dan menu, Landing Page pula dirancang untuk mengarahkan pengunjung agar melakukan sesuatu secara spesifik pada satu laman sahaja.

Walaupun berada pada satu alamat laman web yang sama, Landing Page sebenarnya dibuat secara terpisah. Hal ini bertujuan untuk “diasingkan” dari link atau menu lain yang boleh mengalihkan perhatian pengunjung dari tujuan utama Landing Page tersebut.

Dari sini dapat disimpulkan bahawa Landing Page yang baik adalah landing page yang berorientasi pada “action” yang akan dilakukan pengunjung dan pencapaian konversi.

Jika Landing Page berfungsi untuk mendapatkan Lead, borang untuk mengumpul nombor telefon, alamat e-mel dan sebagainya, diletakkan pada laman web tersebut.

Jika Landing Page berfungsi untuk mendapatkan Click-Through, penceritaan ringkas tentang produk dan borang pesanan disediakan atau butang ‘Buy Now’ diletakkan agar pembelian online boleh dilakukan segera.

Jenis Landing page

Berdasarkan tujuannya, ada dua jenis Landing Page:

Continue reading “/RAW: Apa Itu Landing Page?”